Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional Dr Chandra Muzaffar menafikan secara rasmi perletakan jawatannya yang menjadi isu sejak minggu lalu. Beliau bagaimanapun mengakui pada asalnya beliau berhasrat berbuat demikian dan pernah merujuk beberapa pihak untuk mendapatkan pandangan lanjut. Chandra juga mengakui bahawa beliau mendapat beberapa tawaran dari beberapa universiti untuk mengajar dan menyelidik dalam bidang kajiannya, dialog peradaban.

"Setelah berfikir lebih mendalam dan bertanya ahli dan penyokong parti serta rakan-rakan di luar dan dalam politik, saya membuat keputusan untuk kekal sebagai Timbalan Presiden KeADILan," jelas Chandra.

Semalam, malaysiakini menyebutkan kemungkinan Chandra "menarik kembali" keputusannya untuk melepaskan jawatannya.