PAS dan Umno sama-sama cari timbalan
Secara kebetulan dua parti Melayu yang terbesar di negara ini, Umno dan PAS, kini sedang mencari calon bagi jawatan timbalan presiden parti masing-masing.
Teka-teki sedang menyelubungi ahli-ahli Umno siapakah bakal timbalan perdana menteri dan timbalan presiden parti apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Datuk Seri Mahathir Mohamad Okt ini.
Manakala PAS juga akan menentukan timbalan presiden parti itu apabila pemangku presidennya sekarang, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang disahkan sebagai presiden PAS dalam muktamar parti itu Sept depan.

Pilihan PM
Beliau dilantik menjadi pemangku presiden PAS selepas Datuk Fadzil Noor meninggal dunia bulan Jun lalu. Sehingga ini, naib presidennya Datuk Mustapha Ali disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk jawatan timbalan presiden.
Bagi Umno, walaupun Dr Mahathir sudahpun menyatakan naib presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebagai calon terbaik bagi timbalan Abdullah, tetapi sehingga ini, timbalan perdana menteri itu masih membuat keputusan rasmi mengenainya.
Menurut sumber-sumber Umno, Abdullah dijangka hanya mengumumkan calon timbalannya selepas beliau mengambilalih kuasa secara rasmi daripada Dr Mahathir Okt ini.
Manakala setiausaha agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa memberitahu malaysiakini bahawa pemilihan timbalan presiden parti akan dibuat dalam muktamar yang akan datang.
Kawasan baru
Katanya, mesyuarat perwakilan bagi kawasan-kawasan PAS akan mula diadakan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, katanya, mesyuarat perwakilan akan diadakan terlebih dahulu di kawasan-kawasan yang tidak terbabit dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
Bagi kawasan yang terbabit, katanya, mereka akan bermesyuarat selepas kawasan persempadanan pilihanraya yang baru itu diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Buat masa ini, tambah Ustaz Nasharuddin, pemimpin PAS di kawasan-kawasan baru itu sedang mengadakan perundingan sesama mereka untuk menentukan kedudukan kepimpinan di kawasan masing-masing.
Beliau berkata, ianya bertujuan untuk memudahkan pecahan kawasan dibuat selepas persempadanan semula itu diwartakan oleh SPR.
Menyentuh mengenai muktamar tahun ini, beliau berkata, PAS pusat sudah menentukan bahawa muktamar itu diadakan pada bulan Sept tetapi belum menentukan tarikh sebenarnya.
Katanya, ini kerana pihaknya mahu mengambilkira kawasan baru pilihanraya selepas ianya diwartakan bagi membincangkan dalam muktamar itu, strategi-strategi parti untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.