DAP kehabisan wang
Fathi Aris OmarPublished: Apr 8, 2001 7:34 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Parti Tindakan
Demokratik (DAP) hari ini menjelaskan masa depannya tidak menentu jika parti itu gagal
mengumpul sumber kewangan yang mencukupi. Parti itu menjangkakan sumber kewangannya kian
merosot ekoran kekalahan calon-calonnya dalam pilihan raya umum yang lalu.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang, menjelaskan bilangan kerusi yang dimenangi oleh calon-calon parti itu - selama ini menyumbang sumber kewangan kepada parti - tidak cukup menampung aktiviti politik partinya. Dalam pilihan raya lalu, DAP hanya berjaya memenangi 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri. Parti itu juga kehilangan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
"Keputusan pilihan raya 1999 merupakan satu lagi bencana," jelas Kit Siang merujuk pencapaian parti itu dalam pilihan raya umum lalu. "Bilangan [kerusi] ini tidak cukup untuk membiayai kegiatan DAP yang sudah sedia terhad. Jika sumber kewangan ini makin habis, kami mungkin terpaksa menjual ibupejabat parti."
View Comments0

