Saya tidak akan minta maaf: Subramaniam
Bekas juruaudit dalaman Kuil Sri Marathandavar Thevalaya Hindu Paripalaya Sabah di Maran, Pahang, M Subramaniam menafikan bahawa beliau telah membuat aduan palsu mengenai kedudukan akaun kuil tersebut.
Sebaliknya, beliau mendakwa penyelewengan akaun kuil tersebut telah berlaku sejak dua tiga tahun yang lalu, tetapi ianya tidak disedari oleh pihak lain.
Bagi membuktikan dakwaannya itu, Subramaniam meminta supaya seorang akauntan awam dilantik untuk memeriksa semula akaun kewangan kuil sejak dari tahun 2000.

"Saya boleh buktikan siapakah yang memalsukan akaun tersebut," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Oleh itu, katanya, beliau tidak akan meminta maaf sepertimana yang dituntut oleh pihak pengurusan kuil tersebut, yang mendakwa beliau telah membuat tuduhan palsu berhubung perkara itu.
Menurut Subramniam, semua maklumat dan keterangan mengenai penyelewengan akaun berkenaan sudahpun dihantar kepada pihak polis. Kini beliau menunggu pihak polis menjalan siasatan mengenainya.
Laporan BPR
Subramaniam membuat aduan mengenai perkara itu di Balai Polis Maran, Pahang pada 12 Mac lalu. Sebelum itu, beliau juga pernah mengemukakan surat akuan mengenai perkara yang sama kepada Balai Polis Temerloh pada 3 Januari lalu.
Dalam laporan polis itu, Subramaniam mendakwa penyata kewangan bagi tempoh 1998/2000 dan 2000/2002, tidak menyatakan mengenai pendapatan kuil itu yang melebihi RM200,000.
Beliau bimbang, perbuatan itu akan berterusan sekiranya tiada tindakan diambil untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, Subramaniam mendakwa, tiada siasatan dibuat oleh pihak polis walaupun beliau membuat laporan itu dua bulan lalu.
"Hanya selepas Exco Pemuda Pusat Keadilan, S Manikavasagam (gambar) masuk campur dan buat aduan polis pada 1 Mei lalu, barulah siasatan dimulakan," tegasnya.
Sementara itu, Manikavasagam memberitahu malaysiakini bahawa pihaknya akan membuat aduan yang sama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) selewat-lewatnya minggu depan.