Pemimpin sekerja penting diri sendiri, kata Keadilan dan PRM
Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) mendakwa majoriti buruh di negara ini tidak mempunyai keyakinan terhadap kesatuan sekerja kerana ramai pemimpinnya lebih mementingkan diri sendiri daripada memperjuangkan nasib golongan buruh.
Dalam perutusan sempena Hari Buruh, presiden Keadilan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PRM, Dr Syed Husin Ali, berkata pemimpin berkenaan mementingkan kedudukan serta keistimewaan untuk diri sendiri.
Di samping itu, kata mereka, masih wujud banyak undang-undang tidak demokratik yang diwarisi dari penjajah terus dilaksanakan dalam bentuk yang lebih ketat, menjadikan kesatuan sekerja bertambah lemah.
"Pemimpin seperti lebih mudah diperalatkan oleh majikan dan pemerintah daripada menjadi pembela untuk memperbaiki naib kaum buruh," kata kenyataan itu lagi.
Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) mendakwa majoriti buruh di negara ini tidak mempunyai keyakinan terhadap kesatuan sekerja kerana ramai pemimpinnya lebih mementingkan diri sendiri daripada memperjuangkan nasib golongan buruh.

Dalam perutusan sempena Hari Buruh, presiden Keadilan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PRM, Dr Syed Husin Ali, berkata pemimpin berkenaan mementingkan kedudukan serta keistimewaan untuk diri sendiri.
Di samping itu, kata mereka, masih wujud banyak undang-undang tidak demokratik yang diwarisi dari penjajah terus dilaksanakan dalam bentuk yang lebih ketat, menjadikan kesatuan sekerja bertambah lemah.
"Pemimpin seperti lebih mudah diperalatkan oleh majikan dan pemerintah daripada menjadi pembela untuk memperbaiki naib kaum buruh," kata kenyataan itu lagi.
Jangan jadikan alasan
Sementara itu pemangku presiden PAS Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang pula berharap perang di Iraq dan serangan penyakit Sars tidak dijadikan alasan untuk membuang pekerja sewenang- wenangnya.
"Pihak pekerja pula perlu meningkatkan produktiviti mereka dalam suasana yang mencabar ini," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau juga meluahkan keprihatinannya dengan peningkatan kadar pengangguran yang terus melonjak.
"Kerajaan perlu mempunyai rangka dasar untuk mengambil pendekatanan yang bersepadu menangani kedudukan sosio-ekonomi ini," tambah beliau yang juga Ketua Pembangkang.
Dalam itu, menurut kenyataan Keadilan-PRM, dalam suasana ekonomi dan politik terkini, gaji buruh tidak bertambah, malah pendapatan sebenar semakin merosot kerana kenaikan harga barang keperluan yang tidak terkawal.
"Bilangan buruh yang dibuang atau tidak mempunyai pekerjaan dalam sektor pembinaan, industri elektronik dan perhotelan bertambah ramai.
Pembaziran
"Persetujuan yang dicapai untuk menetapkan gaji minimum bulanan sebanyak RM350 menimbulkan tuduhan bahawa penoreh ladang getah telah tertipu dan terhina," tambah mereka.
Gaji tersebut, kata mereka, lebih rendah daripada kadar kadar kemiskinan dan lagi pula kebanyakan penoreh tersebut biasanya boleh mendapat lebih daripada jumlah tersebut.
"Para buruh bukan saja menghendaki gaji lebih tinggi, bahkan memerlukan kemudahan sosial, terutama yang lebih baik, mudah dan murah dari segi perumahan, pendidikan dan kesihatan," tambah mereka.
Dalam kenyataan yang sama, mereka juga mendakwa pemerintah lebih ghairah membazirkan wang rakyat untuk projek-projek mega yang tidak ekonomik, daripada menyediakan kemudahan sosial yang utama untuk kesejahteraan para pekerja.
"Nyata sekali golongan buruh memerlukan kesatuan, kepimpinan dan keanggotaan yang berani dan benar-benar komited kepada pembelaan nasib mereka. Kekayaan negara hendaklah diagihkan dengan lebih adil kepada golongan buruh," tegas mereka.
Kegelapan
Sementara itu, pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata lebih 1,000 pekerja estet dan wakil mereka berarak ke Parlimen sebelum sambutan Hari Buruh 1999 untuk menyerahkan memorandum mengenai tuntutan gaji minimum bulanan dan kemudahan perumahan yang lebih baik.
Pada hari yang sama, katanya, ahi Parlimen DAP kawasan Teluk Intan ketika itu, M Kula Segaran, gagal dalam usulnya untuk meminta sidang Parlimen membincangkan masalah lebih 300,000 pekerja estet.
Bagaimanapun, beliau kesal dengan pengumuman pada 22 April lalu yang menetapkan gaji minima bulanan bagi pekerja ladang getah sebanyak RM350, yang menurutnya jauh lebih rendah dari tahap paras kemiskinan pada RM1,200 sebulan sekeluarga di Malaysia, seperti yang terkandung di dalam Pelan Rangka Perspective 2001-2010.
Jumlah sekecil itu, katanya, sudah tentu tidak mencukupi untuk menampung sara hidup sesebuah keluarga pekerja terbabit.
Sebenarnya, kata Kit Siang, tiada apa yang boleh dibanggakan sempena sambutan Hari Buruh tahun ini kerana para pekerja kini berdepan dengan pelbagai krisis ekonomi berikutan perang Iraq dan penyakit Sars.
"Satu kajian menunjukkan bahawa kesan daripada Sars, ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, akan menjejaskan banyak sektor di Asia dan kadar keuntungan syarikat, dengan ekonomi Asia dijangka menghadapi kerugian yang dianggarkan RM40-200 bilion," tegasnya.
Kepercayaan pekerja
Sementara itu, Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez pula berkata, Malaysia mengamalkan dasar-dasar yang bersifat eksploitasi, dalam usahanya untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya, ini termasuklah pindaan terhadap Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman sebat mandatori terhadap pekerja tanpa izin.
Berikutan bantahan daripada Amnesty International terhadap peruntukan itu, pihak berkuasa Imigresen telah melaksanakan peraturan baru di mana pekerja yang terbabit dalam kes pertikaian buruh dibenarkan tinggal di negara itu sekiranya ada pihak yang mahu menaja mereka.
"Penaja terbabit bertanggungjawab menjaga pekerja terbabit, termasuk soal jagaan, makanan dan tempatan tinggal," tambahnya.
Katanya, ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa seolah-olah tidak mahu pekerja mengemukakan kes pertikaian buruh dan sebaliknya pulang sahaja ke negara mereka walaupun telah menerima layan buruk daripada majikan.
Irene juga mengkritik tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memberi dividen paling rendah sejak 30 tahun lalu.
Hakikatnya, kata beliau ialah pelaburan dibuat untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang mengalami kerugian besar.
"Ini sebenarnya telah mencabul kepercayan pekerja terhadp lembaga pengarah KWSP. Malah Zainal Rampak yang mewakili MTUC dalam KWSP, juga tidak hadir ketika keputusan dibuat mengenai kadar dividen tersebut," tambah Irene.

