Pelajar UKM sokong hapuskan 4 peratus
R NavanithamPublished: Apr 4, 2001 3:52 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) menyokong memorandum yang menggesa dihapuskan kadar empat peratus yang dikenakan terhadap bayaran balik pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Bidang pendidikan adalah tanggungjawab sosial kerajaan dan oleh itu, mana-mana pihak tidak sewajarnya menjadikan tanggungjawab yang diamanahkan kerajaan untuk menguruskan soal pinjaman pelajar, sebagai medan untuk mengaut keuntungan dan komoditi yang boleh diperdagangkan," kata Presiden persatuan Mahadi Sukarno dalam satu kenyataan hari ini yang menyokong usul memorandum tersebut.
Malaysiakini melaporkan pada Isnin lepas bahawa memorandum tersebut mengandungi lima tuntutan pelajar berkenaan tabung pendidikan itu ([#1]Pemuda Umno, pelajar desak hapus kadar PTPTN[/#], 2 April).
Tuntutan utama yang dibuat termasuklah mengesa kerajaan menghapuskan kadar pinjaman dan menukar pinjaman PTPTN kepada pinjaman boleh ubah.
Memorandum itu telah diserah oleh wakil Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam.
PMUKM juga menolak alasan bahawa kadar tersebut dikenakan untuk menampung kos perkhidmatan.
"PTPTN ialah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah statut Parlimen, iaitu Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Segala kos pengendaliannya, termasuk gaji kakitangannya, dibayar oleh kerajaan," kata Mahadi.

View Comments0