Perhimpunan raksasa pertahan sekolah agama
Gerakan Bertindak Umat Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Gegar) bercadang mengumpul satu juta orang untuk menyertai satu perhimpunan raksasa dalam kempennya untuk mengekalkan sistem pelajaran Islam itu di Malaysia.
Setiausaha Gegar, Ahmad Tarmizi Sulaiman memberitahu malaysiakini hari ini bahawa perhimpunan itu akan diadakan di Stadium Sultan Mahmud IV di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Feb depan.
Katanya, Gegar juga akan berusaha mengumpul warga Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari seluruh pelusuk negara untuk menunaikan sembahnyang hajat dan berdoa supaya SAR terus kekal untuk memberi pendidikan Islam yang sempurna kepada para pelajarnya.
Cadangan mengadakan perhimpunan raksasa itu adalah salah satu resolusi yang dicapai dalam Konvesyen Sekolah Agama Rakyat yang berlangsung di Kuala Lumpur Sabtu lalu, anjuran Gegar.
Gegar adalah merupakan sebuah jawatankuasa gabungan antara badan bukan kerajaan dan individu, yang ditubuhkan untuk menyelamatkan SAR.
"Kita mahu semua pelajar, guru dan ibubapa yang terlibat dengan SAR bersama-sama menyampaikan mesej bahawa SAR masih relevan, serta kebaikan dan jasa-jasa SAR kepada rakyat Malaysia," kata Ahmad Tarmizi yang juga penyelaras konvesyen tersebut.

Menjawab tohmahan
Katanya, konvesyen yang bertemakan "Kelebihan belajar di Sekolah Agama Rakyat" itu juga mencapai dua lagi resolusi mantap, termasuk untuk mempertingkatkan lagi kempen tentang kebaikan sistem pendidikan itu yang telah lama bertapak di negara ini.
"Kami juga tidak akan membenarkan pihak-pihak tertentu, termasuk media arus perdana, membuat tohmahan terhadap SAR. Kami akan berusaha menjawab cerita-cerita negatif mengenai SAR yang disebarkan kepada orang ramai," katanya.
Panelis yang menghadiri konvesyen itu adalah Pengerusi Gegar, Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Persatuan Pendukung SAR Perak, Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz; Yang Dipertua Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Abdul Ghani Shamsuddin dan Yang Dipertua PUM- Pulau Pinang, Dr Fadhilullah Abdul Hamid.
Konvesyen yang dihadiri oleh kira-kira 70 peserta itu diadakan sempena penyampaian memorandum mengenai SAR kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Engku Ngah Ibrahim.
Menurut Ahmad Tarmizi lagi, hasil konvesyen itu amat menggalakkan di mana para penalis telah menjelaskan mengenai sistem pendidikan SAR, sejarahnya di samping menjawab tohmahan-tohmahan terhadap SAR.
"Konvesyen itu berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekecohan pada awalnya di mana kami terpaksa berpindah dari tempat asal konvesyen itu, iaitu Masjid Abu BakarAs-Siddiq, ke sebuah masjid yang lain," katanya.
Risiko
Menurutnya, selepas konvesyen itu berlangsung selama sejam, pihak jawatankuasa masjid terbabit, tiba-tiba meminta pihak penganjur bepindah dengan alasan mereka tiada menerima sebarang permohonan untuk mengadakan program tersebut.
"Kami membuat permohonan untuk mengadakan konvesyen dakwah, tetapi mereka mendakwa permohonan kami tidak menyebut SAR. Kami diberitahu bahawa isu yang kami bincang adalah sensitif dan mereka tidak sanggup menanggung risikonya," katanya.
Menurut Ahmad Tarmizi, pihak jawatankuasa masjid berkenaan mungkin merasa tertekan dengan kehadiran pihak polis dekat dengan pagar masjid ketika konvesyen itu berlangsung.
"Saya nampak kira-kira 15 anggota polis berpakaian preman dan beruniform menunggu di luar. Saya pun kurang faham mengapa pihak polis perlu berada di situ sedangkan yang dibincang, ukan isu sensitif," katanya.
Beliau berkata, majlis itu terpaksa diteruskan di Masjid Al-Malik Faisal di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya sehingga awal petang.
Sumber-sumber yang rapat dengan jawatankuasa Masjid Abu BakarAs-Siddiq mengesahkan kejadian itu dan menyatakan bahawa Gegar tidak membuat permohonan dengan betul.
"Kami terpaksa meminta majlis itu dihentikan kerana permohonan asal yang dibuat oleh seorang pelajar adalah untuk mengadakan satu diskusi dakwah. Jadi apabila melihat program lain yang berlangsung, kami terpaksa meminta ianya dihentikan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Apabila ditanya adakan tindakan itu satu perkara yang biasa dilakukan, beliau berkata, ini adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku, tetapi juga enggan mengulas tentang kehadiran pihak polis.