PAS harap RTM siar debat SAR secara langsung
Timbalan ketua pemuda PAS, Salahuddin Ayub, sudahpun menghantar surat kepada Kementerian Penerangan memohon diadakan siaran lansung debat umum mengenai isu Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Katanya, surat itu dihantar kelmarin sebagai memenuhi kehendak menterinya, Tan Sri Khalil Yaakob sebagai syarat untuk siaran secara lansung tersebut diadakan.
Khalil sebelum ini berkata, RTM boleh menyiarkan debat itu secara langsung sekiranya ada permohonan daripada kedua-dua belah pihak.
Menurut beliau,butir-butir awal mengenai debat di antara beliau dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz, turut dinyatakan di dalam surat tersebut untuk makluman Khalil.
"Saya berharap debat mengenai SAR ini akan menjadi kenyataan untuk membolehkan umum menilai perkara yang sebenarnya," katanya kepada
malaysiakini
.
Katanya, surat itu dihantar kelmarin sebagai memenuhi kehendak menterinya, Tan Sri Khalil Yaakob sebagai syarat untuk siaran secara lansung tersebut diadakan.
Khalil sebelum ini berkata, RTM boleh menyiarkan debat itu secara langsung sekiranya ada permohonan daripada kedua-dua belah pihak.
Menurut beliau,butir-butir awal mengenai debat di antara beliau dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz, turut dinyatakan di dalam surat tersebut untuk makluman Khalil.
"Saya berharap debat mengenai SAR ini akan menjadi kenyataan untuk membolehkan umum menilai perkara yang sebenarnya," katanya kepada malaysiakini.
Mesyuarat
Debat yang dijangka bertajuk "Siapa Khianati SAR" itu dijadualkan berlangsung di Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya pada 16 Feb akan datang.
Tarikh tersebut dipersetujui dalam mesyuarat di antara setiausaha sulit Mohd Nazri, Shamsul Anuar Nasarah dengan setiausaha Pemuda PAS pusat, Misbahul Munir Masduki di Ipoh awal minggu ini.
Mesyuarat itu juga bersetuju untuk melantik Prof Diraja Ungku Aziz untuk mempengerusikan debat tersebut.
Pemilihan Dewan Tunku Canselor, dicadangkan oleh wakil PAS walaupun Mohd Nazri pada mulanya mencadangkan supaya perdebatan itu diadakan di ibu pejabat PAS di Taman Melewar, Gombak.
"Kita mencadangkan Dewan Tunku Canselor kerana ianya dianggap 'bebas' berbanding dengan ibu pejabat PAS di Taman Melewar. Kami tidak mahu pihak Umno menjadikannya alasan untuk membatalkan debat tersebut," katanya.
Isu SAR timbul ekoran pengumuman Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk menghentikan segala bentuk bantuan kewangan kepada sekolah agama terbabit kerana dikaitkan dengan perbuatan menanam semangat di kalangan pelajar supaya membenci kerajaan.
Cabaran
Adalah dianggarkan terdapat 260 SAR di seluruh negara yang menampung lebih 70,000 pelajar di peringkat rendah dan menengah.
Usaha menganjurkan debat itu timbul selepas Mohd Nazri meminta Salahuddin bersumpah dengan al-Quran yang dia tidak berbohong berhubung isu SAR.
Salahuddin bersetuju menyahut cabaran itu tetapi meminta meminta menteri pembangunan usahawan itu berdebat dengannya terlebih dahulu berhubung isu sekolah agama rakyat itu, yang kemudiannya dipersetujui oleh Mohd Nazri.

