MB Sgor terima memo bantahan harga air
Ein AzmiPublished: Mar 29, 2001 12:18 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Memorandum membantah kenaikan tarif air di Selangor telah diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Dr Mohamad Khir Toyo selepas sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pagi tadi.
Memorandum itu asalnya diserahkan oleh sekumpulan penyokong pembangkang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Mohamed Azmin Ali ketika perhimpunan di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya awal Mac lalu.
Perhimpunan itu pada awalnya bertujuan menyerahkan bantahan itu kepada Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur dibatalkan kerana bilangan anggota polis dan pasukan antirusuhan yang besar pada 9 Mac.
'Memorandum rakyat' yang mengandungi tujuh perkara itu, antaranya membantah keputusan kerajaan negeri menaikkan harga air antara 20 hingga 75 peratus, dan menuntut JBAS mengkaji kesan inflasi ekoran kenaikan harga itu. ([#1]Isu harga air dibawa ke DUN S'ngor 28 Mac[/#], 9 Mac).
"Menteri Besar berjanji akan mengkaji memo tersebut," kata Azmin kepada malaysiakini.
Ketika sidang dewan undangan hari ini, Azmin menyelar tindakan Selangor menaikkan kadar tarif air yang tinggi berbanding negeri-negeri lain tetapi tidak berusaha mengatasi masalah kebocoran paip bekalan air.
Menurutnya, purata harga air yang dibekalkan kini adalah 42 sen bagi setiap meter padu. Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) akan membekalkan air kepada JBAS pada kadar RM 1.30 bagi setiap meter padu atau 51 peratus lebih tinggi.
Tambah Azmin, Laporan Industri Air Malaysia menyebutkan purata kebocoran paip di Selangor adalah 72 meter padu sehari bagi setiap kilometer atau kebocoran hampir 36 peratus.
"Sekiranya rakyat Selangor menggunakan 2,495 jls (juta liter sehari) iaitu jumlah yang direkodkan pada 1998 dan JBAS pula dapat mengawal kebocoran 20 peratus sahaja, jumlah isipadu air yang dapat diselamatkan sehari ialah 491.8 jls," katanya, sambil menambah pada tahun 2005, jumlah penjimatan itu diramalkan meningkat kepada 643 jls.
Katanya lagi, jumlah air yang boleh diselamatkan itu kira-kira 61 peratus daripada isipadu air yang bakal dibekalkan oleh projek empangan Sungai Selangor.
"Alasan kerajaan negeri untuk menaikkan tarif air ini tidak dapat diterima. Kos membaik pulih sistem paip jaringan air, penggantian atau pemasangan paip-paip bekalan air yang baru adalah satu pelaburan jangka panjang," kata beliau semasa membahaskan titah ucapan diraja.
"Ia tidak boleh digunakan sebagai justifikasi untuk menaikkan tarif air kerana keuntungan daripada pemasangan paip-paip air tersebut akan turut dinikmati oleh pengguna di masa hadapan."
Sidang dewan undangan negeri itu selama empat hari akan berakhir esok.

View Comments0