Mesyuarat ketiga Umno-PAS batal
Ein AzmiPublished: Mar 27, 2001 3:09 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
versi terkini Mesyuarat ketiga jawatankuasa teknikal Umno-PAS yang dijadualkan petang ini dibatalkan dan ditangguhkan ke satu tarikh baru.
Menurut satu sumber yang dekat dengan jawatankuasa teknikal Umno, pertemuan itu asalnya dijadualkan di Carcosa Seri Negara jam 3 petang tadi.
Sumber itu juga berkata, pertemuan itu dibatalkan oleh PAS pada saat-saat akhir, dipercayai ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam satu jawabannya di sidang Dewan Rakyat pagi ini.
Menurut laporan agensi berita Bernama hari ini Dr Mahathir berkata, tanpa penyertaan orang Melayu daripada PAS, akan timbul persepsi bahawa sebenarnya PAS "tidak bersetuju dengan empat perkara berkenaan."
"Jika PAS ternampak rela menggugurkan keempat-empat perkara ini dan Keadilan (Parti Keadilan Nasional) pula menafikan keMelayuannya, maka sukarlah bagi Umno sahaja mempertahankan (empat perkara itu) dengan jayanya," katanya.
Dr Mahathir merujuk empat perkara yang dikemukakan Umno sebelum ini untuk perbincangan 'perpaduan Melayu' dengan PAS. Perkara-perkara itu adalah: hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan Raja-raja Melayu adalah Raja berperlembagaan di negeri-negeri yang menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Presiden PAS Datuk Fadzil Noor memberitahu malaysiakini tadi, penangguhan mesyuarat teknikal itu tidak ada kaitan dengan kenyataan Perdana Menteri seperti didakwa.
"Berhubung perkara itu (penangguhan mesyuarat), kena tanya (Setiausaha Agung PAS) Nasharuddin (Mat Isa)," katanya.
Fadzil bagaimanapun memaklumkan pertemuan dua jawatankuasa itu ditangguhkan kerana seorang daripada lima wakil jawatankuasa teknikal PAS berada di luar negara. Parti Islam itu telah menambah dua wakil baru dalam jawatankusa itu.
Setakat berita ini ditulis, tarikh baru pertemuan ketiga jawatankuasa teknikal belum diumumkan.

View Comments0