Pengkritik mesti teguh pendirian yang benar
[Bahagian 2]<br>Mohammad Hashim KamaliPublished: Mar 24, 2001 4:32 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
[Bahagian 1 di bawah] Kedua, pengkritik mesti yakin kritikan yang dikemukakannya itu mempunyai nilai akhlak dan kebenaran. Jika dia sendiri tidak yakin tentang kebaikan atau kebenaran itu, dia sepatutnya tidak mengkritik. Kalau mengkritik juga, itu bermakna dia termasuk dalam golongan munafik atau berbohong.
Al-Quran telah menyebutkan bahawa mereka yang munafik akan berada di neraka yang paling bawah, dan Islam melarang penganutnya berbohong.
Jika pengkritik yakin bahawa idea kritikannya itu benar, tetapi kemudiannya didapati salah, maka dia tidak boleh dipersalahkan. Begitu juga apabila asas-asas kajiannya untuk mengkritik itu benar, walau kemudiannya dia mencapai kesimpulan yang salah, dia juga tidak boleh dipersalahkan dengan syarat dia yakin bahawa tindakannya itu betul.
Hadis ada menyebutkan: Seseorang yang sengaja berhujah dengan sesuatu pandangan yang palsu akan sentiasa dimurka oleh Allah sehinggalah dia berhenti (daripada berhujah itu) dan meninggalkannya (kegiatan itu).
Prinsip Islam untuk memahami hadis ini disebut mafhum al-mukhalafah, ertinya seseorang yang tidak sedar kritikannya itu salah, maka dia tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan tindakannya itu.
Ketiga, kritikan mestilah berpadanan dengan isunya. Ini bermakna perkataan yang digunakan dan cara kritikan itu disampaikan mestilah sesuai dengan keadaan. Kritikan tidak boleh terlalu keras dan tidak boleh juga terlalu lembut, tetapi mestilah beradab dan berkesan.
Persoalannya, apakah wajar sesuatu kritikan itu disebut sekali sahaja atau diulang-ulangkan beberapa kali. Dari segi prinsip, ketegasan dan kesabaran mengkritik dibenarkan. Malah, jika kritikan itu untuk menghapuskan kemungkaran, maka ketekalan mengkritik digalakkan sehinggalah kejahatan dalam masyarakat itu berjaya dihapuskan.
Selemah-lemah iman
Prinsip ini bersesuaian dengan sebuah hadis: Jika seseorang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mencegah dengan tangan; jika tidak mampu, cegahlah dengan kata-kata; dan jika tidak mampu juga, bencilah kejahatan itu di dalam hati. Dan inilah (membenci di dalam hati itu) adalah selemah-lemah iman.
Hadis itu dengan jelas menyebutkan usaha yang berterusan diperlukan. Isi utama hadis ini ialah jika seseorang itu yakin pada pegangannya, dia tidak wajar memejamkan mata dan tidak mempedulikan kesalahan; malah dia mestilah mengkritik dan memperbaiki kerosakan dalam masyarakat itu sekadar kemampuan masing-masing.
Hadis ini juga menunjukkan bahawa kaedah, gaya dan tahap memerangi kemungkaran itu mestilah sesuai dengan gejala kemungkaran dan keadaan. Ini bermakna pengkritik harus menilai keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum memilih sasaran kritikan. Selepas itu, keazaman untuk menggunakan kaedah dan gaya mengkritik yang sesuai harus dinilai oleh seseorang pengkritik.
Amalan mengkritik yang betul juga harus menggunakan satu lagi prinsip undang-undang Islam, disebut al-sihhah atau prinsip kesahihan. Prinsip ini berkaitan dengan 'manfaat daripada sedikit keraguan' atau dalam ungkapan Inggeris disebut benefit of the doubt. Erti Islam menghormati amalan dan kata seseorang itu sehingga terbukti perbuatannya tidak lagi bersesuai dengan Islam.
Bahagian 1: [#1]Hak berkata benar di depan kerajaan zalim[/#]
MOHAMMAD HASHIM KAMALI bertugas sebagai profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejak 1985. Tulisan ini diterjemahkan [oleh Fathi Aris Omar] secara ringkas daripada bukunya Freedom of Expression in Islam (Kebebasan bersuara dalam Islam), yang diterbitkan oleh Ilmiah Publishers Sdn Bhd, 1998. Untuk teks lengkap, sila rujuk halaman 55-57

View Comments0