Umno dituduh peralatkan Majlis Raja-raja
Zakiah KoyaPublished: Mar 21, 2001 2:20 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Ura-ura Umno membuang perkataan Islam daripada nama pertubuhan didakwa untuk kepentingan politik parti itu walau terpaksa "mencabuli kehormatan Islam dan merosakkan kewibawaan Majlis Raja-raja Melayu."
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub berkata Umno telah cuba membuang perkataan Islam daripada parti itu semenjak tahun 1960-an lagi apabila gagal merampas Kelantan.
"Umno telah mencabul kesucian Islam apabila mengharamkan penggunaan lambang Bulan Bintang dan pekataan 'Allah' (dan) 'Muhammad' daripada PAS pada 1 Februari 1966," katanya.
"Namun konspirasi jahat yang diaturkan oleh Umno ternyata gagal membendung pengaruh PAS sehinggalah PAS dijatuhkan melalui cara yang sangat kotor dan jijik pada 1978."
PAS gagal mempertahankan Kelantan dalam pilihanraya itu selepas menghadapi krisis dan keluar daripada Barisan Nasional. Negeri itu dikuasai semula sejak 1990.
Beliau mengulas isu pengguguran perkataan Islam yang dilaporkan dibawa dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu semalam dan hari ini selepas dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 15 Februari lalu.
"Pemuda PAS mendesak Majlis Raja-raja supaya tidak mengambil tindakan yang melulu untuk menjayakan program politik sempit Umno," tambah Salahuddin, dalam satu kenyataan hari ini.
"Sekiranya Majlis Raja-raja berjaya diperalatkan, segala kepentingan umat Islam yang diketuai oleh Raja-raja Melayu akan hancur seperti hancurnya jati diri umat Islam di Turki dan Indonesia."
Bagaimanapun kata Salahuddin lagi, Pemuda PAS sedar Majlis Raja-raja Melayu dapat mengesan "perancangan jahat Umno" seperti beberapa krisis politik antara Umno dengan sultan pada 1983 dan 1992.
Krisis pertama itu membabitkan usaha Umno meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang diluluskan walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menurunkan tandatangan dalam tempoh 30 hari.
Krisis perlembagaan kedua itu membolehkan penubuhan mahkamah khas diraja bagi membicarakan seseorang Raja Melayu berhubung salah laku peribadi baginda.
Tambahnya, Umno mengajak ke arah perpaduan Melayu tetapi apabila PAS mensyaratkan usaha itu dengan mengekalkan perkataan Islam, Umno tetap berusaha membuang perkataan itu daripada PAS.
Sebaliknya, Salahuddin mencadangkan Majlis Raja-raja Melayu wajar menimbangkan langkah mengharamkan perkataan Melayu atau 'Malay' daripada Umno.
"Umno telah mencabul begitu banyak kepentingan orang Melayu semenjak 1957 lagi," katanya.
"Umno (juga) berkali-kali bercakap soal perkauman Melayu sehingga meminggirkan bangsa lain. Akhirnya tercetus sentimen yang mengancam keselamatan negara," jelas Salahuddin.

View Comments0