BA bentang Belanjawan 2003 esok
Barisan Alternatif (BA) akan membentangkan Belanjawan 2003 di Bangunan Parlimen esok dengan mengemukakan strategi ekonomi dan program pembangunan negara mengikut perspektif BA.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat BA hari ini, pengerusinya, Abdul Rahman Othman berkata pembentangan belanjawan itu akan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat perbandingan di antara belanjawan BA dan Barisan Nasional (BN).
"BA akan mengemukankan belanjawan 2003 dan kita tidak akan mempunyai masalah sekiranya pembentangan Belanjawan 2003 yang dibuat oleh Menteri Kewangan pada 20 September nanti menerima pakai perkara-perkara yang dibentangkan," kata Abdul Rahman.
Beliau berkata tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa pembentangan Belanjawan 2003 oleh BA adalah suatu gimik politik adalah tidak benar dan melampau.
"Ianya bukan pembentangan politik, tetapi disediakan oleh pasukan profesional yang melihat banyak sumber negara boleh diselamatkan ekoran pembaziran BN," kata Abdul Rahman lagi.
Beliau menambah kandungan pembentangan tersebut bertujuan untuk mengemukakan unjuran-unjuran terbaik dan polisi fiskal yang mengutamakan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
"Malahan, dakwaan pemimpin BN bahawa belanjawan BA tidak tepat adalah melucukan kerana banyak unjuran yang dikemukan oleh kerajaan dalam belanjawan negara juga tidak tepat," tambahnya.

Hak pembangkang
"Terbaru ialah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang menyebut Jabatan Kastam dan Eksais bagi tahun 2001 hanya dapat mengutip RM18 bilion berbanding RM24 bilion yang diunjurkan," kata Abdul Rahman.
Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin BN agar meneliti dan mengikuti pembentangan Belanjawan 2003 BA esok demi kesejahteraan negara.
Sementara itu, Setiausaha Biro Publisiti DAP, Gobind Singh Deo, dalam satu kenyataan berkata, pihak pembangkang berhak untuk mengemukakan pandangan mereka mengenai belanjawan, dan ia hendaklah dihormati kerajaan.
"Saya terkejut dengan kenyataan naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melabel belanjawan oleh pembangkang itu semata-mata gimik politik, walaupun ianya belum lagi dibentangkan.
"Nampaknya beliau lebih mengutamakan agenda politik dari melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang objektif," kata Gobind.
Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi DAP, Lim Kit Siang, mendesak agar Menteri Kewangan, ketika membentangkan belanjawan 2003, supaya turut menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji penipuan korporat yang melibatkan usaha menyelamatkan MAS dan UEM, yang masing-masing bernilai RM7.9 bilion dan RM3.2 bilion.