Puteri Umno: Mastina dinasihat jangan terperangkap'
Pencabar Azalina Othman Said bagi jawatan ketua pergerakan Puteri Umno, Mastina Abdul Hamid mungkin terperangkap dengan muslihat politik "pihak lawan" yang kini memberi publisiti meluas mengenai hasratnya untuk bertanding merebut jawatan berkenaan.
Oleh itu, beberapa ahli Puteri Umno yang bersimpati dengannya menasihatkan Mastina supaya jangan terlalu "ghairah" dengan sokongan pihak-pihak tertentu, termasuk kenyataan yang sering dilaporkan dalam sebuah media perdana milik Umno.
"Kenyataan-kenyataan yang dibuatnya dalam akhbar terbabit boleh digunakan kemudian, untuk memerangkapnya sehingga terbatal pencalonannya bertanding menentang Azalina (foto).
"Sepertimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Khalil Yaakob semalam, Perkara 4.1 Tata Etika Ahli Umno, melarang ahli parti daripada menyebarkan sebarang kenyataan secara lisan atau tulisan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik yang berunsur menyokong atau mencela mana-mana parti," tegas seorang daripada mereka, yang tidak mahu namanya disebut.

Oleh itu, katanya, sokongan tiba-tiba akhbar milik Umno itu terhadap Mastina, dengan menyiarkan kenyataan beliau yang mempertikaikan kepimpinan Azalina, seolah-olah satu muslihat politik untuk memerangkap Mastina.
Malah, katanya, tindakan akhbar yang sama menyiarkan di muka depannya hari ini temubual dengan seorang lagi ahli Puteri Umno, Raihan Suleiman, yang berhasrat bertanding menentang Azalina, juga dilihat dibuat untuk tujuan yang sama.
Bidan terjun
"Mungkin kerana tidak terlintas langsung perkara seumpama itu di hati Mastina, maka beliau melayan pertanyaan pihak wartawan yang menghubunginya," tegasnya lagi.
Bagaimanapun, kata mereka, jika dilihat pada peruntukan dalam Perkara 4.1 Tata Etika Ahli Umno, Mastina mungkin dikenakan tindakan berhubung kenyataan-kenyataan yang telah dibuatnya dalam akhbar itu selama ini.
Pencalonan Mastina lebih dilihat sebagai tanda bantahan sesetengah ahli Umno terhadap kepimpinan Azalina sekarang.
Lagi pula, Mastina yang juga bekas exco Puteri Umno, memang berkelayakan dicalon bagi jawatan tertinggi pergerakan itu berdasarkan penglibatannya dalam Umno, yang jauh lebih awal dari Azalina sendiri.
Mastina merupakan salah seorang pemimpin Umno di London semasa menuntut di sana, manakala Azalina merupakan bidan terjun dalam politik Umno.
Di samping itu, Mastina juga lebih dikenali oleh ahli pergerakan Pemuda dan Wanita Umno, selain di kalangan ahli Puteri Umno sendiri.
Mesyuarat bahagian Puteri Umno bermula 16 Sept ini di mana pencalonan akan dibuat bagi jawatan tertinggi pergerakan itu, termasuk bagi jawatan ketua pergerakan itu.