Dakwaan pengundi hantu: PAS minta Umno cermin diri
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit, Amiruddin Hamzah menasihati Umno agar melihat kepada diri sendiri sebelum membuat tuduhan bahawa PAS memenangi kerusi tersebut dengan menggunakan pengundi hantu.
Katanya, Umno sepatutnya menerima kekalahan pilihanraya kecil Anak Bukit pada 18 Julai lalu dengan tangan yang terbuka dan bukannya mencari kambing hitam untuk dipersalahkan.
"Dalam hal ini, Umno nampaknya bersikap keanak-anakan. Taktik yang digunakan kali ini tak ubah seperti seorang anak kecil yang memulakan pergaduhan dengan saudaranya, dan kemudiannya berpura-pura menangis supaya ibunya akan berfikir bahawa dia dianiya dan akan memenangkannya," kata Amiruddin, yang memenangi kerusi DUN Anak Bukit dengan majoriti 508 undi.
Amiruddin bekata Umno hendaklah membuktikan tohmahan tersebut kepada umum sekiranya mahu dilihat sebagai parti yang berwibawa.
"PAS tidak pernah tahu sesiapa di dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melakukan apa-apa taktik kotor untuk memenangkan parti seperti yang didakwa," katanya lagi bila dihubungi malaysiakini .
Amiruddin berkata, adalah tidak masuk akal menuduh PAS menggunakan pengundi hantu kerana itulah perkara yang paling dibimbangkan setiap kali pilihanraya diadakan.
"Malahan, pada hari mengundi, petugas PAS terpaksa bekerja keras untuk menghalang mereka yang disyaki pengundi hantu daripada membuang undi," katanya.
Katanya, Umno sepatutnya menerima kekalahan pilihanraya kecil Anak Bukit pada 18 Julai lalu dengan tangan yang terbuka dan bukannya mencari kambing hitam untuk dipersalahkan.
"Dalam hal ini, Umno nampaknya bersikap keanak-anakan. Taktik yang digunakan kali ini tak ubah seperti seorang anak kecil yang memulakan pergaduhan dengan saudaranya, dan kemudiannya berpura-pura menangis supaya ibunya akan berfikir bahawa dia dianiya dan akan memenangkannya," kata Amiruddin, yang memenangi kerusi DUN Anak Bukit dengan majoriti 508 undi.
Amiruddin bekata Umno hendaklah membuktikan tohmahan tersebut kepada umum sekiranya mahu dilihat sebagai parti yang berwibawa.
"PAS tidak pernah tahu sesiapa di dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melakukan apa-apa taktik kotor untuk memenangkan parti seperti yang didakwa," katanya lagi bila dihubungi malaysiakini.
Amiruddin berkata, adalah tidak masuk akal menuduh PAS menggunakan pengundi hantu kerana itulah perkara yang paling dibimbangkan setiap kali pilihanraya diadakan.
"Malahan, pada hari mengundi, petugas PAS terpaksa bekerja keras untuk menghalang mereka yang disyaki pengundi hantu daripada membuang undi," katanya.
Tiada asas langsung
Setiausaha Agung PAS, Nasharuddin Mat Isa, berkata tidak ada asas sama sekali bagi Umno menuduh PAS memperkudakan SPR untuk memenangkan pembangkang kerana suruhanjaya itu sendiri berada di bawah telunjuk kerajaan.
"Sekiranya ada sesiapa di dalam SPR yang memindahkan nama-nama di dalam daftar mengundi, itu tidak ada kena-mengena sama sekali dengan PAS.
"Kami tidak tahu menahu, apatah lagi merestui perkara seperti itu," tambah Nasharuddin, yang juga ahli parlimen Yan, Kedah.
Beliau menambah bahawa PAS menganggap tuduhan tersebut adalah serius dan meminta Umno mengemukan bukti yang jelas mengenainya.
"Buat masa ini, biro undang-undang PAS sedang mengkaji perkara ini untuk melihat sama ada perlunya tindakan undang-undang diambil terhadap fitnah terbaru Umno ini," katanya lagi.
Bukan anak tempatan
Sementara itu, calon BN di Anak Bukit, Datuk Zakaria Said, semasa dihubungi, turut mengakui bahawa kekalahan beliau kepada Amiruddin adalah disebabkan sokongan pengundi hantu dari luar kawasan.
"Ramai ahli Umno yang hendak membuang undi tidak dapat berbuat demikian kerana nama mereka hilang daripada daftar pemilih," kata Zakaria, yang kini berada di Mesir.
"Kita tahu ramai daripada mereka bukannya dari Anak Bukit kerana mereka bukannya lahir, tinggal atau bekerja di Anak Bukit," katanya dengan penuh kecewa.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata BN sepatutnya memenangi pilihanraya kecil DUN Anak Bukit serta menang dengan majoriti yang lebih besar di Pendang, tetapi ianya tidak menjadi kenyataan kerana kehadiran pengundi hantu yang memihak kepada PAS.
Dr Mahathir, yang juga presiden Umno, mendakwa 1,359 nama penyokong Umno di kawasan parlimen Pendang turut hilang dari daftar pemilih.
Sehubungan itu, SPR mendakwa bahawa terdapat kemungkinan pemindahan nama pengundi dilakukan oleh "kerani sementara" yang juga penyokong PAS.

