Ezam dituduh menghasut untuk guling kerajaan
Ein AzmiPublished: Mar 13, 2001 5:16 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
versi terkini Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini dituduh "menghasut untuk menggulingkan kerajaan" selepas ditahan reman selama lapan hari sejak 5 Mac lalu.
Beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3.45 petang tadi selepas penyokongnya, kira-kira 50 orang, menunggu selama beberapa jam sejak pagi.
Ezam didakwa di bawah seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 berhubung satu kenyataannya seperti dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia sehari sebelum ditahan.
Dalam laporan muka depan akhbar itu, Ezam dikatakan "sedang merancang untuk mengadakan demonstrasi setiap hari bagi menggulingkan kerajaan." Beliau bagaimanapun menafikan hasrat berbuat demikian keesokannya dalam Utusan Malaysia.
Pemimpin pembangkang itu dituduh "pada 3 Mac 2001, jam 2 petang bertempat di No 46-M, Jalan Chan Sow Lin, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kamu telah menyebutkan kepada Yusri Sahat, seorang pemberita Utusan Malaysia perkataan-perkataan yang menghasut iaitu: bahawa kamu menyatakan yang kamu mengaku akan mengadakan demonstrasi setiap hari, bukan setiap minggu, apabila tiba masa dan ketikanya.
"Bahawa kamu mengatakan demonstrasi jalanan akan hanya berhenti apabila pemimpin kerajaan yang ada digulingkan.
"Bahawa kamu mengatakan menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan adalah perkara biasa bagi negara yang mengamalkan demokrasi. Perkara itu tidak perlu dimomokkan dan kamu memang nak mengubah kerajaan."
Jika disabit kesalahan, Ezam boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Hakim, Mohd Zaki Abdul Wahab, membenarkan beliau diikat jamin RM5,000 walau pihak pendakwa asalnya memohon jaminan sebanyak RM50,000.
Ezam diwakili Hasnal Redzuan Merican, Saiful Izham Ramli dan Hamidzun Khairuddin. Sementara pendakwa diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Kanan Datuk Abd Gani Patail bersama dua orang pembantunya.

View Comments0