Rustam nafi hina Usman Awang
Ein AzmiPublished: Feb 27, 2001 3:06 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Rustam A Sani menafikan beliau merendah-rendahkan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang seperti didakwa Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainuddin Maidin.
Rustam dalam kolum 'Perspektif' akhbar rasmi PAS Harakah menyebutkan Zainuddin berusaha memujuk Usman agar menerima suatu anugerah khas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai usaha mengatasi "pengaruh" seorang lagi Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang menulis novel satira yang paling kontroversi Shit.
Dalam tulisan bertajuk 'Zainuddin Maidin - tukang pukul nombor tiga?' Rustam menganalisis usaha tiga tokoh politik yang rapat dengan Dr Mahathir yang didakwa cuba "mempertahankan dasar pemerintah yang mencabuli demokrasi dan menyerang pihak-pihak yang mempersenda langkah-langkah tidak waras pemerintah."
Selain Zainuddin, dua lagi tokoh Umno yang disebut ialah bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ibrahim Ali dan Menteri di JPM Datuk Dr Rais Yatim.
Tulisan itu turut mendakwa Tokoh Wartawan Negara Tan Sri A Samad Ismail dan wartawan veteran Datuk Mazlan Nordin "yang lebih kredibel (berwibawa) daripada Zam (Zainuddin)" pernah mempertahankan dasar tidak demokratik kerajaan tetapi akhirnya menggugat reputasi mereka sendiri.
"Mereka diperalatkan, (oleh itu) reputasi tokoh-tokoh ini terjejas," kata Rustam kepada malaysiakini hari ini.
Rustam menjelaskan kerajaan sebenarnya memperalatkan tokoh-tokoh itu untuk memberikan imej positif akhbar arus perdana bagi menentang media pembangkang.
Tambahnya, terdapat pelbagai cara jika kerajaan berhasrat menghormati jasa tokoh-tokoh tersebut.
Semalam, Zainuddin menuduh tulisan Rustam itu "merendahkan martabat" Usman dan pemimpin PRM itu "telah kehilangan intelektualiti dan tidak dapat melihat sesuatu peristiwa dengan pemikiran bebas serta pandangan yang objektif."
Rustam berkata beliau tidak pernah mendakwa diri sebagai seorang intelektual tetapi penghormatan tentang seseorang itu datang daripada anggota masyarakat yang menilai.
Mencabuli kebebasan media
"Dia (Zam) sendiri tidak layak menafsirkan tentang intelektualiti seseorang atau pertubuhan," katanya. "Dulu, semasa timbul isu Suqiu, dia cakap saya sebagai seorang ahli sosiologi. Entah-entah makna kedua-dua perkataan ini pun dia tidak tahu."
Bulan lalu, Rustam pernah digesa memohon maaf kepada masyarakat Cina apabila mendakwa keputusan jawatankuasa rayuan pilihanraya Cina, Suqiu, bertolak-ansur dengan Pemuda Umno akan memberikan tanggapan kepada pihak-pihak tertentu bahawa pengundi Cina tidak berprinsip dan mudah dimanipulasi oleh golongan berkuasa.
Dalam akhbar PAS itu, bekas kolumnis Utusan Malaysia itu juga berpendapat kelayakan dan kewibawaan Zainuddin "tidak wujud sama sekali untuk mengharumkan nama Malaysia di kalangan masyarakat negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan media."
Rustam turut mempertahankan akhbar web malaysiakini yang didakwa diserang oleh Zainuddin apabila memegang jawatan baru di kementerian itu.
"Sebagai seorang (bekas) wartawan, jelaslah dia (Zainuddin) tidak memulakan tugasnya dengan sesuatu yang akan memantapkan kebebasan media di negara ini, tetapi membela langkah mencabul kebebasan itu (media) oleh pemerintah," tulisannya dipetik.

View Comments0