PAS sedia bertemu Umno selepas mesyuarat pusat Mac
Ein AzmiPublished: Feb 26, 2001 11:41 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
PAS bersedia mengadakan pertemuan jawatankuasa teknikal kali ketiga dengan wakil Umno pertengahan bulan depan selepas mesyuarat pusat parti itu, jelas Setiausaha Agung PAS Nasharudin Mat Isa hari ini.
Pertemuan kedua jawatankuasa teknikal dua parti itu dijalankan secara sulit beberapa hari sebelum perbincangan peringkat pemimpin tertinggi yang asalnya dijadualkan 19 Februari lalu, tetapi ia ditangguhkan sehari sebelum itu. ([#1]Pertemuan rahsia jawatankuasa Umno-PAS 2 jam[/#], 16 Feb)
Malaysiakini difahamkan pertemuan kedua itu mempunyai beberapa masalah selepas PAS mengumumkan empat isu utama secara mendadak, sehari sebelum itu pada 15 Februari. ([#2]PAS kemukakan empat isu, termasuk Anwar[/#], 15 Feb)
Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin utama Umno dan PAS masih menegaskan ingin meneruskan perbincangan peringkat tertinggi.
Nasharudin memberitahu malaysiakini bahawa rakan sejawatnya daripada Umno, Tan Sri Khalil Yaakob telah menghubungi beliau pagi tadi berhubung pertemuan mereka akan datang.
"Parti telah memberikan mandat untuk meneruskan (perbincangan) jawatankuasa teknikal. Kita tidak akan berganjak dari segi prasyarat dan agenda yang akan dibincangkan," katanya, di luar Mahkamah Tinggi Sivil petang tadi.
Nasharudin hadir sebagai defenden bagi pihak PAS berhubung kes saman penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM, Abdul Khalid @ Khalid Jafri Abu Bakar terhadap rencana yang diterbitkan oleh akhbar parti itu Harakah pada 29 Mac 1999.
Jawatankuasa pusat PAS dijangkakan mengadakan mesyuarat pertengahan Mac dan selepas Presiden parti itu Datuk Fadzil Noor kembali dari tanah suci. Fadzil bertolak ke Mekah semalam untuk mengerjakan haji.
Sementara itu, Khalil dilaporkan berkata Umno sanggup "berbincang apa sahaja dengan PAS."
"Umno sudah memberi kuasa kepada saya untuk mengadakan perbincangan dan apa saja yang hendak dibangkitkan kita masuk dalam agenda pertemuan, termasuk juga dua daripada syarat yang dikenakan PAS iaitu berkaitan royalti minyak dan penerbitan akhbar rasminya, Harakah," kata Khalil, seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Bagaimanapun menurutnya lagi, prasyarat PAS berhubung isu perkataan Islam agar tidak diharamkan pada mana-mana pertubuhan politik adalah tidak benar.
"Ini adalah kali pertama saya mendengar syarat ketiga PAS itu, sedangkan kita tidak pernah membincangkannya. Saya pun tidak tahu bagaimana perkara ini timbul. Kalau kita selesaikan tiga syarat ini, saya tidak tahu apa pula perkara lain yang akan dibangkitkan," katanya lagi, seperti dilaporkan.
Ketika menangguhkan pertemuan peringkat tertinggi, Presiden PAS menyebutkan Umno harus membayar kembali wang royalti minyak kepada Terengganu dan membenarkan akhbar rasmi parti itu diterbitkan dua kali seminggu seperti sebelum dilarang oleh kerajaan Mac tahun lalu.
PAS juga menggesa Umno membuang cadangan kerajaan untuk menggugurkan nama Islam pada pertubuhan dan parti.

View Comments0