Sothi umum tanding timbalan presiden MIC
Diterbitkan: May 30, 2009 5:31 AM | Dikemas kini: May 30, 2009 9:43 AM
Naib Presiden MIC, Datuk S Sothinathan menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden MIC dalam pemilihan parti itu yang akan datang.
Berikutan itu, perebutan bagi jawatan nombor dua itu bakal menyaksikan pertandingan diga penjuru.
Sothinathan membuat pengumuman tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 70 cawangan MIC di Port Dickson hari ini.
Penyandangnya, Datuk G Palanivel telah mengumumkan akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti akan datang.
Turut mengumumkan untuk bertanding jawatan itu ialah bekas timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.
Sekiranya Palanivel berjaya mempertahankan jawatan tersebut, beliau diramalkan akan mengambil alih jawatan presiden daripada mentornya, Datuk Seri S Samy Vellu September depan.
Baca berita penuh
Berikutan itu, perebutan bagi jawatan nombor dua itu bakal menyaksikan pertandingan diga penjuru.
Sothinathan membuat pengumuman tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 70 cawangan MIC di Port Dickson hari ini.Penyandangnya, Datuk G Palanivel telah mengumumkan akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti akan datang.