Restoran buka ruang Najib's Corner
Diterbitkan: May 29, 2009 6:56 AM | Dikemas kini: May 29, 2009 7:06 AM
Sebuah restoran popular di Brickfields yang disinggah perdana menteri keenam awal bulan lepas berhasrat menamakan sebahagian ruang di kedai itu sebagai "sudut Najib".
Pemilik Restoran Kortumalai Pilliar, yang terletak berhampiran simpang
Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Travers, mahu memperingati lawatan Datuk Seri Mohd Najib Razak serta memberi sokongan terhadap pendekatan beliau turun padang bagi melihat sendiri kehidupan dan masalah rakyat.
Bernama melaporkan, pemiliknya S Sellappa berkata sehari selepas Najib mengambil alih jawatan, beliau singgah di restoran itu untuk
menikmati segelas teh tarik selepas melawat Brickfields, kawasan popular komuniti India di ibu kota.
"Ia merupakan kali kedua beliau singgah di kedai ini. Pertama kali semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri.
"Bagi menghargai dan menunjukkan sokongan kepada beliau, kami memutuskan untuk menamakan sebahagian ruang kedai dengan Najib's Corner," Sellapa dipetik berkata.
Tambahnya, ruang itu akan mempamerkan gambar perdana menteri semasa singgah di restoran itu bagi mencerminkan ia adalah "Najib's Corner".
Pembukaan rasmi ruang kedai itu akan diadakan pada pukul 11 pagi Ahad ini oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M Saravanan.