Negara berdaulat dan kritikan asing
Muhammad FaezPublished: Feb 25, 2001 1:51 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengecam hebat negara-negara asing yang mengkritik badan kehakiman negara, berhubung kes Anwar Ibrahim. Beliau menafikan badan itu dikawal oleh pihak eksekutif atau pemerintah.
Beliau mendakwa pemimpin negara-negara luar dipengaruhi oleh 'sentimen peribadi' mereka, bukannya fakta kerana, menurutnya lagi, pemimpin-pemimpin negara luar itu kenalan baik Anwar. "Tidak adil bagi mereka menyerang sistem kehakiman kita kerana persabahatan mereka dengan Anwar," kata Syed Hamid.
Antara negara asing yang telah mengeluarkan kenyataan mengecam keputusan mahkamah ialah Amerika Syarikat (Jabatan Negara dan Naib Presiden Al Gore), Kanada (Menteri Luar Lloyd Axworthy dan Menteri Kewangan Paul Martin), Australia (Perdana Menteri John Howard dan Menteri Luar Alexander Downer), New Zealand (Menteri Luar Phil Geoff) dan Kesatuan Eropah.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika, Madeline Albright mengirim sepucuk surat kepada isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail, bagi melahikan rasa prihatinnya.
Dari satu segi, Syed Hamid telah menjalankan tugas yang sepatutnya. Sebagai Menteri Luar, beliau bertanggung jawab menangkis segala kritikan luar terhadap Malaysia, khususnya terhadap kerajaan yang memerintah. Justeru, Wisma Putra diarahkan menghantar nota bantahan kepada negara-negara berkenaan.
Seperti menteri itu, pemimpin kerajaan dan pendukung parti pemerintah dan rakyat sekelian, kita semua memang tidak suka melihat kuasa asing atau pemimpin asing campurtangan dalam hal urusan negara kita termasuklah dalam soal-soal kehakiman dan perundangan.
Semua rakyat yang sayangkan tanahairnya ini sama-sama bersikap patriotik dan mahu mempertahankan kemerdekaan, kebebasan dan kedaulatan Malaysia.
Tetapi kita tidak wajar cepat melenting apabila dikritik oleh negara asing berhubung sesuatu isu, misalnya kes Anwar Ibrahim. Kita harus jujur menilai diri sendiri.
Memang benar kes itu telah diputuskan oleh mahkamah. Orang asing tidak ada hak campur tangan. Tetapi kita juga perlu sedar bahawa dunia sekarang sudah bersifat sejagat, bukan sahaja dalam soal ekonomi tetapi dalam hal-ehwal lain juga kita tidak dapat mengelak daripada diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa.
Kita boleh sahaja menuduh negara-negara asing itu cuba campur tangan. Kita boleh kata bahawa mereka berniat jahat atau mahu menekan negara ini. Kita boleh menempelak mereka dengan mengungkitkan bahawa mereka sendiri tidak terlepas daripada rekod buruk dalam soal hak asasi dan sebagainya.
Lalu kita mengungkitkan segala rekod buruk Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara Eropah itu. Kita berhak berbuat begitu.
Tetapi kita juga perlu berani melihat ke dalam diri sendiri. Elok rasanya kita bersikap terbuka sedikit terhadap segala kritikan negara-negara asing itu.
Perhatikan betul-betul, apakah benar mereka memang mahu campur tangan atau sekadar menarik perhatian tentang keputusan yang mereka rasakan tidak adil dan amat berat terhadap Anwar?
Selain Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Anwar merupakan pemimpin Malaysia yang dikenali di dunia antarabangsa. Sebab itu, perkembangan dirinya menarik perhatian ramai pemimpin dunia.
Kerajaan Malaysia boleh mengambil sikap tidak peduli dengan menutup mata dan memekakkan telinga terhadap kecaman pemimpin-pemimpin dunia itu. Kita boleh berbuat begitu dan berlagak wira serta bodoh sombong.
Tetapi akhirnya Malaysia sendiri akan rugi kerana dipinggirkan dan terasing dalam dunia antarabangsa. Apakah itu yang kita mahu? Imej Dr Mahathir kini di pentas dunia dikatakan amat merosot sekali. Status pemimpin tua itu tidak jauh bezanya daripada pemimpin negara yang terasing seperti Slobodan Milosevic dan Saddam Hussein.
Justeru, perlu kita berhati besar dan meneliti apakah memang tidak ada yang cacat cela terhadap sistem kehakiman Malaysia terutama dalam kes perbicaraan Anwar? Perlu kita menyoal diri kita sendiri.
Adakah Anwar telah dibicarakan oleh mahkamah yang benar-benar bebas dan adil? Adakah pendakwa telah mengemukakan bukti secukupnya dan apakah pula Anwar berpeluang secukupnya untuk membela diri?
Adakah tidak ada sebarang percubaan mahkamah untuk melindungi Perdana Menteri daripada dibawa ke mahkamah sebagai saksi? Bagaimana pula sebarang tekanan ke atas peguam-peguam Anwar?
Peguam bela Anwar pernah dikenakan tindakan menghina mahkamah oleh hakim. Seterusnya, kertas pertuduhan telah dipinda berkali-kali. Wujud kesangsian atas kewibawaan saksi utama yang bernama Azizan Abu Bakar.
Tidakkah hukuman selama sembilan tahun ke atas Anwar yang dijalankan tidak secara serentak sehingga akhirnya menjadi 15 tahun itu merupakan sesuatu yang amat berat dan kelihatan begitu zalim?
Secara jujur kita perlu memeriksa diri kita sendiri. Sekiranya perbicaraan Anwar dijalankan secara adil oleh sebuah mahkamah yang bebas dan kelihatan bebas serta tidak ada sebarang tanda wujudnya percubaan untuk menganiaya Anwar, maka rasanya tidak akan datang kecaman dan kritikan dari pemimpin dunia.
Segala kritikan dari luar itu, sebenarnya berpunca daripada kesalahan dari dalam negara kita sendiri. Mahkamah negara ini membenarkan dirinya diserang kerana menjalankan perbicaraan yang dilihat tidak adil.
Tetapi segala kesalahan itu tidak boleh diletakkan ke atas kepala hakim-hakim di mahkamah itu sahaja. Pemimpin kerajaan, termasuk Menteri Luar Malaysia, perlu bercakap jujur apakah tidak benar dakwaan bahawa sistem kehakiman Malaysia sekarang ini tunduk kepada kehendak eksekutif?
Atau lebih tepat lagi tunduk kepada kehendak Perdana Menteri?
MUHAMMAD FAEZ seorang penulis bebas yang kerap menyumbang untuk laman-laman web.

View Comments0