Temubual dengan diktator DAP
Lee Tse YinPublished: Feb 25, 2001 8:49 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Dalam perjalanan pulang dari sebuah mahkamah rayuan di Eropah bagi pihak anaknya April tahun ini, Lim Kit Siang singgah di London untuk menyampaikan ucapan di London School of Economics mengenai Barisan Alternatif yang baru dibentuk. Saya menemuinya selepas ceramah itu dan bertanya apakah saya boleh mewawancaranya bagi sebuah majalah (kini sudah berkubur) untuk pelajar Malaysia. Beliau bersetuju pada awalnya agak keberatan dan akhirnya menulis alamat serta nombor telefon tempat penginapannya di London.
Jam 10 pagi keesokan hari, saya pun bergerak ke sebuah pangsapuri di Bayswater, menunggu untuk berbual dengan seorang tokoh pembangkang. Saya menekan loceng. Sekali. Dua kali. Masih tidak ada jawapan dan saya mula rasa tidak sedap hati. Apakah pemimpin pembangkang ini benar-benar ada masa untuk bertemu seorang pelajar yang tidak pernah ditemuinya, dan bercakap kepada sebuah majalah yang beliau tidak pernah lihat?
Kemudian saya semacam terdengar sayup-sayup satu suara 'hello' dan saya pun merapatkan mulut ke ruang pembesar suara di tepi pintu itu dengan penuh semangat. "Hello? Encik Lim? Saya Cik Lee, kita bertemu semalan di majlis ceramah di LSE," laung saya.
"Ya, Cik Lee," terdengar suatu suara, begitu jelas dan rupa-rupanya dari arah belakang saya. Saya menoleh, merah padam muka saya, dan mendapati saya tersalah tekan loceng. Lim sudah nampak saya melalui jendela pangsapurinya di sebelah dan turun menemui saya. Beliau hanya menguntumkan senyuman kecil.
Kami pun berjalan ke sebuah kafeteria berdekatan dan memesan dua cawan kopi. Beliau berpakaian kemas dengan jumper, baju dan seluar panjang. Rambutnya yang semakin beruban disikat kemas ke belakang dan matanya kelihatan sedikit tidak bermaya di sebalik sepasang kacamata.
Beliau mungkin seorang ayah yang singgah di sebuah pekan China pada suatu hari Sabtu yang mendung. Dan rasanya ganjil. Saya fikir saya sudah mengenalinya, tetapi wajahnya itu tidak tertangkap dalam ingatan saya. Saya tidak dapat mencarinya.
Pastinya beliau tidak kelihatan seperti seorang diktator sebagaimana beliau digambarkan melalui iklan-iklan di akhbar ketika kempen pemilihan selepas pemecatan beberapa orang kuat parti DAP.
Apabila kami berbual, beliau menerangkan mengapa saya tidak dapat mengecam beliau walaupun namanya cukup dikenali.
"Pernahkan awak melihat wajah saya di akhbar-akhbar?" beliau bertanya.
Saya rasa begitu terhina untuk menyatakan tidak, tetapi mencuba juga sedangkan saya tidak begitu jelas manakah satu fotonya yang saya ingat. Sepatutnya saya mampu mengingati satu daripada banyak gambar itu... tetapi fikiran saya buntu. Beliau seorang yang asing tetapi namanya harum. Saya hanya mampu mengangkat bahu dan mengecilkan badan sekali gus.
"Dalam masa 30 tahun sebagai Ahli Parlimen, saya tidak pernah dijemput walaupun sekali untuk bercakap di televisyen," katanya ringkas, biasa sahaja, hambar.
Berasa lega, saya masih cuba mengingati sesuatu tetapi gagal. Beliau dengan mudah sahaja memperkatakan persoalan bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan PAS dan apakah yang beliau harapkan dari KeADILan. Selepas satu jam, saya mulai letih dan tinggal lagi satu soalan yang hendak saya lontarkan walaupun terlalu senang.
"Apa khabar Guan Eng?" terkeluar juga soalan itu akhirnya.
"Oh dia sihat, sihat... masih kuat semangat dan kini banyak membaca," katanya sambil tersenyum.
"Encik tentunya bangga... sangat bangga," saya bertanya tersekat-sekat.
Beliau terus tersenyum, memandang jauh, dan membisu sejenak.
"Pertama kali saya ditahan di bawah ISA, Guan Eng baru berusia lapan tahun dan dia tidak memahami apa-apa. Kawan-kawan di sekolahnya mengejek, menuduh bapanya seorang yang jahat kerana orang jahat sahaja masuk penjara."
"Kemudian kami sama-sama ditahan dalam Operasi Lalang 1987 dan dia masuk penjara dengan saya." Mulutnya mencebik. "Sekarang dia harus masuk penjara keseorangan dan dia mulai bimbang apakah kesannya kepada anaknya yang baru berusia dua tahun."
Matanya bertembung dengan mata saya dan beliau masih tersenyum, tetapi tidaklah tersenyum lebar. Bibirnya tertutup rapat dan dia kelihatan sangat sedih walaupun cuba mengukir senyuman.
Itulah raut mukanya yang pernah saya lihat di Internet minggu ini, apabila dia mengesahkan kekalahannya dalam pilihan raya peringkat kerusi DUN dan Parlimen. Tetapi beliau tidak lagi tersenyum.
"Beritahu saya apakah yang boleh menyatukan parti-parti pembangkang?" tanya beliau. "Wang? Kuasa? Saya tidak mempunyai apa-apa. Saya tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada ahli-ahli dan mereka pun tahu. Apakah yang saya mampu berikan agar mereka terus setia bersama saya?"
Kalau begitu, kenapa masuk politik, tanya saya pula. Kenapa beliau terbabit? Kerana cintakan negara ini, itu jawapannya. Minatnya terhadap politik mula timbul, jelasnya, sejak 1950-an apabila banyak negara jajahan mencapai kemerdekaan. Beliau masih menuntut di universiti pada waktu itu dan ia sungguh menyeronokkan.
"Terdapat gelombang semangat dan harapan di kalangan negara-negara Afro-Asia dan persidangan Afro-Asia turut diadakan di Malaysia. Sungguh membanggakan apabila kita berasa sebahagian daripada masyarakat dah sedia berkhidmat untuknya," katanya lagi.
Perasaan itu masih belum luput dari jiwanya dan itulah semangat yang beliau mahu ada pada rakyat Malaysia - "sebuah masyarakat madani dan dinamik."
"Jadi, anda menulis cerita ini untuk sebuah majalah pelajar?" beliau bertanya ketika kami hampir berpisah. Saya angguk dan mengaku. "Saya harap anda akan dapat sesuatu daripadanya," beliau tersenyum (menampakkan barisan giginya semula) dan melambai-lambaikan tangan tanda perpisahan.
Itulah harapan dan keyakinan, hanya beberapa bulan lalu. Apabila kami mula meninggalkan kafeteria itu, saya berasa cukup gembira. Inilah misal idealisme dan ketabahan, fikir saya. Beliau membayar harga kopi itu.
Apakah yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki yang mencurahkan seluruh jiwa raganya untuk sebuah negara yang tidak lagi mengiktiraf dirinya sebagai satu daripada suara-suara kesedaran?
Lagi sekali, saya membatu, tidak berkata apa-apa, tetapi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih, Encik Lim. Terima kasih atas apa yang encik telah sumbangkan. Saya tidak akan melupakan raut wajahmu dan merindui suaramu di parlimen.
LEE TSE YIN sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Kajian Asia Tenggara di School of Oriental and African Studies, University of London. Beliau bercita-cita membina perpustakaan sendiri dan menerbitkan majalah suatu hari nanti.

View Comments0