Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita rusuhan di asrama pekerja di Nilai, Negeri Sembilan. Pihak akhbar menyatakan punca rusuhan adalah kerana pihak polis cuba untuk menahan 16 orang yang didapati positif ujian dadah.

Bolehkah kita sebagai pembaca/pendengar menerima bulat-bulat punca tersebut?

Saya rasa kita perlu berfikir sejenak. Ini adalah kerana seperti yang kita maklum, penagih dadah adalah umpama sampah di dalam sesebuah masyarakat. Mustahil pakerja-pekerja lain yang merupakan majoriti cuba mempertahankan segelintir rakan mereka yang menimbulkan masalah.

Sepatutnya mereka merasa lega jika tiada penagih dadah di kalangan mereka.

Sebagai contoh, jika di dalam kampung tempat kita tinggal juga dihuni oleh beberapa penagih dadah, adalah tidak logik seluruh kampung akan mempertahankan mereka jika pihak polis cuba menahan mereka. Kecuali ada sebab lain tetapi tidak boleh disiarkan?

Lagipun, rata-rata pendatang lebih tertarik untuk mencari wang ke arah penghidupan yang lebih baik kerana itulah matlamat mereka masuk ke negara ini.

Jadi, kita sebagai rakyat mesti berfikir sejenak atas setiap berita yang disiarkan kerana banyak akhbar di negara ini telah hilang integritinya. Kita tentu tidak mahu menjadi seperti burung kakak tua yang hanya tahu mengulang perkataan yang didengarnya sahaja. Fikirkanlah ...