Saya memang bersetuju dengan hujah naib pengerusi Keadilan Azmin Ali bahawa Keadilan kini mampu menarik sokongan masyarakat Cina tanpa DAP. Ini tidak bermakna bahawa Keadilan dan Barisan Alternatif enggan bekerjasama dengan DAP, tetapi DAP bersikap sombong, keras kepala dan tidak bertanggungjawab.

Saya harap Keadilan dan BA akan terus berjuang tanpa DAP untuk keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.

Di pilihanraya kecil Indera Kayangan, kami telah menyaksi dengan mata sendiri bahawa Melayu, Cina dan India boleh bekerjasama dan bersatupadu untuk menentang kemungkaran Barisan Nasional dan menegakkan keadilan.

Politik baru bukanlah lagi politik perkauman atau assabiyah. Walaupun Keadilan kalah, tetapi semangat politik baru telahpun ditanamkan.

Keadilan mestilah berpolitik pelbagai kaum dengan nilai-nilai sejagat yang murni. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung