Pemilihan Datuk Rais Yatim, sebagai 'Malaysiakini's Newsmaker of Year' agak memeranjatkan ('The inscrutable Rais Yatim - M'kini's newsmaker of the Year, Dec 29). Bagi orang politik 'songsang' seperti Rais ianya tetap satu penghargaan dan compliment. Bagi orang macam Rais, publicity can come in any form. Sejarah hidup politik Rais jelas menunjukkan memang dia kerapkali lupa maruah dan harga diri asalkan politiknya semakin cerah. Rais memang hebat bercakap pasal undang-undang hingga adakalanya kita lupa Rais pernah jadi pengamal undang-undang.

Pada saya Rais memang terkenal dewasa ini. Dia terkenal sebagai seorang benih Umno yang sepatutnya boleh dijadikan contoh kepada anak-anak kerana, pertama dia profesional dan punyai sijil kelayakan untuk bercakap pasal undang-undang. Kedua, Rais ada elemen intelektual bila bercakap pasal politik dan negara.

Namun demikian, pegangan politik dan prinsip hidupnya tidak boleh dijadikan contoh kepada anak-anak, apatah lagi mereka yang sedang belajar undang-undang. Rais patut dikenali sebagai 'pembakar jambatan'. Cakap-cakap politiknya hanya sesuai untuk kepimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sahaja.

Semasa Rais dalam Semangat 46 pun, ramai yang pertikaikan cara dia berpolitik. Rais juga lupa bahawa semasa pertandingan diantara Team A dan Team B (team Rais), cerita tentang politik wang sudah bercambah dengan suburnya.

Komen Rais tentang politik wang tidak boleh dijadikan berita kerana Rais mungkin pelupa orangnya, walaupun orang politik terutama dalam Umno memang pelupa. Betul kata Mahathir, Melayu dalam Umno mudah lupa, dan kerana Melayu mudah lupalah maka Mahathir dan Rais masih boleh jadi pemimpin. Melayu mudah lupa sebenarnya menguntungkan orang seperti Rais.

Rais Yatim berikan berbagai justifikasi apabila dia dalam Semangat 46 tetapi dia tidak boleh terima justifikasi orang lain yang masuk kem pembangkang. Dia lari dari Umno, okey; orang lain tidak boleh dan dituduh belot perjuangan Melayu. Pemimpin apa jenis ini? Pemimpin DAP Lim Kit Siang lebih baik perangai politiknya jika dibanding.

Rais pernah berkata apabila penulis bertanya sesuatu ketika di Alor Setar, apabila beliau dkritik hebat dalam akhbar, jawabnya, itu biasalah. Maknanya, bagi orang macam Rais, biasalah bercakap lain buat lain. Beliau ada kelulusan yang boleh dibanggakan tetapi tidak ada harga diri langsung.

Dalam isu Anwar, Rais pernah mendakwa bahawa Semangat 46 ditubuhkan kerana Anwar. Rais juga jadi kontroversi dalam isu perlantikan Gani Patail (seorang lagi yang ada pelajaran yang sanggup gadaikan scroll untuk dapat tempat), begitu juga dalam isu lain.

Mungkin itu tindakan Rais yang baru bina jambatan baru setelah beliau sendiri musnahkan.

Rais sebagai seorang barrister (loyer) sepatutnya menjadi harapan rakyat untuk nasihatkan PM yang, menurut kebanyakan pakar undang-undang mendakwa, sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan law and order.

Tetapi Rais memilih untuk jadi jurucakap yang sanggup katakan bahawa thesis PhDnya dalam undang-undang sebagai hanya "academic exercise". Rais sudah terlalu kerap membuat about-turns dalam beberapa isu yang penting dalam negara ini sehingga sanggup tukar about-turn dalam reverse gear. Orang macam Rais ini gear boxnya sudah hancur lebur dan punah ranah.

Rais yang malaysiakini namakan sebagai "Newsmaker of the Year memang ada kelayakan dan kriteria. Tetapi malangnya Rais sudah hilang kredibiliti, harga diri dan maruah politik. Politik Rais adalah politik songsang dan politik Machiavelli seratus peratus.

Macam Abdullah Ahmad (wakil rakyat Kok Lanas) yang dari self-confessed communist kepada government's media man yang berpengaruh, menggunakan clause dalam Bible untuk menjustifikasikan kehebatan beliau selepas meninggalkan Utusan Malaysia untuk menjadi wira jadian NST/Berita Harian.